Tuesday, 14 February 2012

Guru-guru Unit Teknik & Vokasional 2012

Ketua Bidang :Encik Mazlan bin Hashim
(Opsyen Lukisan Kejuruteraan)
Ketua Panitia:Encik Haslan bin Abd Rashid
(Opsyen Kemahiran Hidup)
Ahli Panitia
:Encik Mohd Ikhwan bin Abdul Ghani
(Opsyen Kimia)
:Puan Safiyan binti abu Bakar
(Opsyen Sains Rumahtangga)
:Puan Rozeda binti Ripit
(Opsyen Kemahiran Hidup-ERT)
:Puan Rohana binti Jantan
(Opsyen Teknologi Maklumat)
:Noorzazaliza binti Ismail
(Opsyen Pendidikan Sivik)

Pemantauan oleh JPN Melaka ke Unit T&V SMKDHTK

Pada 14/02/2012 Unit Teknik dan Vokasional telah dipantau oleh
Puan Rahimah dari JPN Melaka. Guru yang terlibat ialah
Puan Safiyan bin Abu Bakar (berkaitan PBS) dan Puan Rohana Jantan (P&P).

Semoga dengan pemantauan berkala ini sedikit sebanyak
dapat memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak
untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan perkembangan
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di SMKDHTK.

Segala kekurangan insyaalah akan dibaiki, segala kelebihan akan
diteruskan lagi. Berpandukan motto "Berusaha Pasti Jaya" kami guru-guru
Kemahiran Hidup dan dari Unit Teknik dan Vokasional akan sentiasa
beriltizam sedaya upaya berusaha sebaik mungkin meningkatkan
prestasi dan peratusan PMR bagi tahun 2012 dengan pencapaian
KT dan ERT 100% insyaalah. Amin.

Monday, 13 February 2012

Lawatan Sehari JPN Melaka ke SMKDHTK

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia.

Kepada semua Unit Teknik Dan Vokasional SMKDHTK
diharap dapat bersedia menanti kehadiran
pegawai-pegawai dari JPN, Melaka pada 14hb.Februari, 2012.

Semua unit sila bersedia dari aspek P&P, buku tulis
pelajar dan juga diharap semua fail-fail panitia
telah lengkap dan telah dihantar ke Bilik Gerakan
untuk melancarkansegala aktiviti pada hari tersebut.

"Berusaha Pasti Jaya" semoga kita semuadapat
berkhidmat dengan cemerlang, Insyaalah.

Friday, 27 January 2012

Sukatan Pelajaran KHB 2012 - SMKDHTK

TINGKATAN SATU (PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL)

BAHAGIAN TERAS : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (19 MINGGU)

1.0 Organisasi Bengkel dan Keselamatan (1 minggu)
1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
2.0 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek (8 minggu)
2.1 Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi
2.2 Faktor Reka Bentuk
2.3 Jenis Bahan dan Pengikat
2.4 Alatan Tangan dan Mesin
2.5 Proses Reka Bentuk
2.6 Reka Bentuk Projek
3.0 Elektrik (2 minggu)
3.1 Sumber dan Kegunaan Elektrik
3.2 Jenis Wayar dan Kerja Pendawaian
4.0 Kerja Paip (3 minggu)
4.1 Sistem Bekalan Air di Rumah
4.2 Jenis Paip, Penyambung Paip, dan Bahan Pemasangan Paip
4.3 Kerja Penyenggaraan
5.0 Jahitan (3 minggu)
5.1 Mesin Jahit
5.2 Penghasilan Artikel
6.0 Tanaman Hiasan (2 minggu)
6.1 Pembiakan Secara Keratan Batang
6.2 Penanaman Anak Pokok
6.3 Penjagaan Anak Pokok

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

1.0 Elektrik ( 8 minggu)
1.1 Jenis Litar Elektrik
1.2 Penggunaan Meter Pelbagai
1.3 Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik
1.4 Kuasa Elektrik
2.0 Asas Elektromekanikal (6 minggu)
2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal
2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal
3.0 Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
3.1 Pengenalan Kepada Perniagaan

TINGKATAN DUA

BAHAGIAN TERAS : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (19 MINGGU)

1.0 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek (6 minggu)
1.1 Faktor Reka Bentuk
1.2 Jenis Bahan dan Pengikat
1.3 Alatan Tangan dan Mesin
1.4 Proses Reka Bentuk
1.5 Reka Bentuk Projek
2.0 Elektronik (4 minggu)
2.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik
2.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik
2.3 Penghasilan Projek
3.0 Lukisan Teknik (4 minggu)
3.1 Alatan Lukisan
3.2 Jenis Garisan
3.3 Unjuran Ortografik
4.0 Masakan (3 minggu)
4.1 Perancangan Menu
4.2 Penyediaan dan Penyajian Hidangan
4.3 Etika Makan
5.0 Tanaman Hiasan (2 minggu)
5.1 Pemasuan Semula

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

1.0 Lukisan Teknik ( 6 minggu)
1.1 Lukisan Isometrik
1.2 Lukisan Hamparan
1.3 Lukisan Keratan Penuh
2.0 Elektronik (8 minggu)
2.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik
2.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik
2.3 Penghasilan Projek
3.0 Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
3.1 Asas Keusahawanan
3.1.1 Pengertian Keusahawanan
3.1.2 Ciri utama Usahawan
3.1.3 Usahawan Dalam Negeri
3.1.4 Peranan Kerajaan Dalam Membantu Usahawan

TINGKATAN TIGA

BAHAGIAN TERAS : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (19 MINGGU)

1.0 Reka Cipta (7 minggu)
1.1 Pengenalpastian Masalah
1.2 Pemilihan Idea
1.3 Perekaan Projek
1.4 Pemilihan Reka Bentuk
1.5 Perancangan Pembinaan Projek
1.6 Pembinaan, Pengujian, dan Pengubahsuaian Projek
1.7 Pendokumentasian
2.0 Elektrik (2 minggu)
2.1 Mengira Kos Tenaga Elektrik
2.2 Pengenalan Motor Arus Terus (DC-Direct Current)
3.0 Elektronik (5 minggu)
3.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen
3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik
3.3 Penghasilan Projek
4.0 Tempat Kediaman (3 minggu)
4.1 Ruang Tempat Kediaman
4.2 Keselesaan Tempat Kediaman
4.3 Penjagaan Tempat Kediaman
4.4 Susun Atur Alatan dan Kelengkapan

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL (16 MINGGU)

1.0 Elektronik ( 7 minggu)
1.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen
1.2 Penghasilan Projek
2.0 Enjin (7 minggu)
2.1 Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum
2.2 Bahagian Luar Enjin
2.3 Bahagian Dalam Enjin
2.4 Edaran Empat Lejang
2.5 Sistem Enjin
2.6 Menservis Enjin
3.0 Perniagaan dan Keusahawanan (2 minggu)
3.1 Konsumerisme
3.1.1 Pengguna dan Konsumerisme
3.1.2 Hak dan Tanggungjawab Pengguna
3.1.3 Tanggungjawab Pengeluar Kepada Pengguna
3.1.4 Peranan Persatuan Pengguna dan Kerajaan

Mesyuarat Unit Teknik & Vokasional Kali 1 Tahun 2012

UNIT TEKNIK & VOKASIONAL
SMK DATO HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH
_____________________________________

Tarikh : 27hb. Januari, 2012

Tuan/Puan
MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP, KOMPUTER, MPV DAN LKJ KALI 1, 2012

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30hb.Januari 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik ERT

2. Agenda Mesyuarat

*Ucapan Pengerusi
*Ucapan Pentadbir
*Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
*Bangkitan minit
*Keputusan peperiksaan kelas peperiksaan PMR 2011
*Laporan Panitia Komputer, MPV dan LKJ.
*Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Tingkatan 1, 2 dan 3
*Pengurusan bengkel
*Penyediaan soalan ujian formatif/peperiksaan
*Perancangan kelas tambahan/peningkatan peperiksaan
*Perancangan Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan
*Hal-hal lain.

Kesudian tuan/puan ke mesyuarat ini terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalan tugas,

-----------------------------
(Rohana binti Jantan)
Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup

s.k:
*Tuan Pengetua
*GPK 1
*Ketua Bidang
*Ketua Panitia
*Fail PAnitia

Pengurusan Bengkel Elektrik dan Elektronik (KHB)

Monday, 12 December 2011

Tarikh Keputusan PMR 2011 diumumkan



Alhamdulilah keputusan peperiksaan PMR bagi tahun 2012

1. Bagi pilihan Kemahiran Teknikal 99.2%

2. Bagi pilihan Ekonomi Rumah Tangga 100%

Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kejayaan kepada anak-anak didik SMKDHTK.

Tahniah kepada semua pelajar PMR semoga ini bukan titik akhir kamu semua.

Teruskan "Berrusaha PAsti Jaya" kerana laluan kamu masih jauh dan semestinya

kejayaan sedang menanti kamu semua. Insyaallah kami semua guru-guru sentiasa

mendoakan kalian. Amin.