Monday 12 December 2011

Tarikh Keputusan PMR 2011 diumumkan



Alhamdulilah keputusan peperiksaan PMR bagi tahun 2012

1. Bagi pilihan Kemahiran Teknikal 99.2%

2. Bagi pilihan Ekonomi Rumah Tangga 100%

Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kejayaan kepada anak-anak didik SMKDHTK.

Tahniah kepada semua pelajar PMR semoga ini bukan titik akhir kamu semua.

Teruskan "Berrusaha PAsti Jaya" kerana laluan kamu masih jauh dan semestinya

kejayaan sedang menanti kamu semua. Insyaallah kami semua guru-guru sentiasa

mendoakan kalian. Amin.

Wednesday 10 August 2011

Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan PMR 2011

Kepada pelajar-pelajar KHB-Kemahiran Teknikal ini adalah jawapan bagi soalan percubaan. Sila semak kertas jawapan anda. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang, insyaalah.

1. C 21. D 41. A
2. B 22. D 42. B
3. C 23. C 43. A
4. D 24. B 44. C
5. A 25. C 45. C
6. D 26. C 46. B
7. D 27. D 47. D
8. A 28. C 48. C
9. C 29. C 49. B
10.D 3O. A 50. C
11.D 31. B 51. D
12.B 32. A 52. A
13.A 33. B 53. A
14.B 34. C 54. C
15.C 35. A 55. D
16.D 36. B 56. C
17.B 37. D 57. B
18.A 38. D 58. A
19.C 39. A 59. B
20.A 40. D 60. A

Ok anak-anak didik KHB-KT jangan lupa yer semak jawapan anda, jika ada kemuskilan sila berjumpa dengan guru KHB anda...Selamat berpuasa.

Sunday 7 August 2011

Pesanan: Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Negeri Melaka

Kepada semua anak-anak didik SMK Dato Haji Talib Karim,

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, hari ini kan bermula peperiksaan percubaan PMR 2011 bagi Negeri Melaka. Kami warga guru dari Unit Teknik dan Vokasional khususnya guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu sentiasa mendoakan agar anak-anak didik SMKDHTK akan dapat menjawab peperiksaan dengan baik. "Berusaha Pasti Jaya" ingatlah cogan kata sekolah kita ini , jadikanlah ia perangsang untuk anda terus maju. Setiap kesungguhan dan usaha yang berterusan insyallah, kejayaan pasti milik anda. Jangan lupa memohon dan bertawakal kepada Tuhan (Allah) , semoga segala usaha ini mendapat keberkatannya dan rahmatnya.

"Setiap kejayaan perlukan pengorbanan, Setiap kesungguhan pasti ada ganjaran, setiap apa yang dirancang dan dilaksanakan pasti dimakbulkan jika kita memohon pada yang esa maka sentiasa Solat 5 waktu ,mohonlah apa saja pasti akan kamu miliki, insyaalah."

Bingkisan penuh kasih sayang dari guru KHB.

Wednesday 3 August 2011

Topik-Topik Penting Kemahiran Hidup Bersepadu

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3. Adakah anda telah mula membuat ulangkaji kepada topik-topik ini. Sila salin checklist ini. Pastikan anda tidak tertingal topik-topik berikut ketika membuat ulangkaji. Cari soalan-soalan tahun lepas sebagai latihan. Jika masih tidak faham jangan malu untuk bertemu dengan guru Kemahiran Hidup Anda ye!
Mulakan hari ini, jangan bertangguh lagi. Ingat! masa itu emas, masa itu sangat berharga. Setiap usaha pasti ada ganjarannya, insyaalah.

KHB PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

TINGKATAN 1

1. Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
2. Perniagaan Dan Keusahawanan
3. Tanaman Hiasan
4. Kerja Paip
5. Elektrik
6. Jahitan
7. Asas Elektromekanikal
8. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

TINGKATAN 2

1. Keusahawanan
2. Masakan
3. Tanaman Hiasan
4. Lukisan Teknik
5. Elektronik
6. Rekabentuk dan Penghasilan Projek

TINGAKTAN 3

1. Konsumerisme
2. Tempat Kediaman.
3. Reka Cipta
4. Elektrik
5. Elektronik
6. Enjin

KHB PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA

TINGKATAN 1

1. Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
3. Elektrik
4. Kerja Paip
5. Jahitan
6. Tanaman Hiasan
7. Pemakanan Dan Pengurusan Sajian
8. Bater
9. Kuih Tempatan
10. Pakaian
11. Jahitan
12. Perniagaan dan Keusahawanan

TINGKATAN 2

1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
2. Elektronik
3. Lukisan Teknik
4. Masakan
5. Tanaman Hiasan
6. Pemakanan dan Pengurusan Sajian
7. Jahitan
8. Keusahawanan

TINGKATAN 3

1. Reka Cipta
2. Elektrik
3. Elektronik
4. Tempat Kediaman
5. Kaedah Membuat Kek
6. Jahitan
7. Konsumerisme

Sunday 31 July 2011

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Negeri Melaka

Untuk Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah seperti berikut:

Tarikh: 10hb. Ogos 2011

Waktu:

12.20 - 12.30 pagi ( 10 minit) :

Arahan Kertas Jawapan Objektif

12.30 - 2.00 petang (1 jam 30 minit):

76/1 KHB - Kemahiran Teknikal 1
77/1 KHB - Ekonomi Rumahtangga 1


Perhatian :

1. Kepada semua Pelajar Tingkatan 3 sila ulangkaji semua topik tingkatan 1-3.
Semoga anda berjaya.

2. Kepada semua guru KHB SMKDHTK
Tarikh penyerahan Markah ialah pada 17hb. Ogos 2011

Harap Maklum.

Pemenang Bulan Teknik Dan Vokasional SMKDHTK 2011

Ini adalah senarai nama pemenang mengikut kategori pertandingan seperti berikut:

A. KERJA KURSUS PEMILIHAN PAKAIAN

1. Nurliyana Bt Nasir ( 1AA )
2. Nur shahirah Bt Jusli ( 1AA )

B. REKA BENTUK - LUKISAN TEKNIK

1. Amy Masayu binti Ayop ( 2RK1 )
2. Aiza Nazrin ( 2C )

C. REKABENTUK BLOG ICT

1. Muhd Khair Ridhwan

D. REKABENTUK BLOG KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

1. Badrul Munir Bin Razuan ( 3RK1 )
2. Muhammad Fariq bin Odnan ( 3 RK1 )

E. REKACIPTA MUSIM CUTI SEKOLAH

1. Muhammad Adi Putra bin Jaafar ( 6A3 )

Tahniah ! Kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini mendapat keberkatan Allah s.w.t Amin.

Thursday 28 July 2011

PENCAPAIAN PELAJAR TERBAIK PEPERIKSAAN 2011

Tahniah! Pelajar-pelajar ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan kerana berjaya mendapat A setiap kali peperiksaan dijalankan sepanjang tahun ini (Ujian 1/Peperiksaan Pertengahan Tahun). Pelajar-pelajar ini adalah:

PILIHAN 1 (KEMAHIRAN TEKNIKAL)

TINGKATAN 1:

1. FAHMI SYAUQI BIN ZAMRI

TINGKATAN 2 :

1. AMY MASAYU BT AYOP
2. NURUL SUHAILA BT DZULKEPLEE
3. MUHAMMAD NURHAZIQ BIN JOHARI

TINGKATAN 3:

1. ABU TALHAH BIN ISMAIL
2. MUHAMMAD AMIERUL ASYRAF BIN ALIAS
3. CHIA KHAI WEN
4. MUHAMMAD AMIRUL HAKIM ZULKIFLI

PILIHAN 2 (EKONOMI RUMAHTANGGA)

TINGKATAN 1:

1. ALIA HAZWANI BT AMRUSZAKY

TINGKATAN 2:

1. IZYAN FARHANA BT ZAMRI
2. SITI DEELORA BT NOR AHMAD RAJKUMAR
3. NOORHIEDAYAH BT MD SALMAN
4. NURUL SYAHIDAH BT MOHAMAD DIAH
5. NUR FARZANA BT ABDULLAH

Syabas! Teruskan usaha anda. Semoga anda akan menjadi contoh kepada rakan yang lain.

Buku Program Majlis Perasmian Penutupan Bulan Teknik & Vokasional 2011

Tuesday 26 July 2011

Majlis Perasmian Dan Penutupan Bulan Teknik & Vokasional SMKDHTK Tahun 2011

Alhamdulilah...berkat dan limpah kurnia Allah s.w.t, Majlis Penutupan Bulan Teknik dan Vokasioanal akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 2hb. Ogos, 2011
Hari : Selasa
Masa : 7.40 - 9.00 pagi
Tempat: Dataran Nurani
Perasmi Penutupan : Pengetua SMK Dato Haji Talib Karim
( Puan Saminah binti Jantan)
Aturcara Majlis:

7.20 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di Dataran Nurani
7.30 pagi : Nyanyian Lagu Patriotik/Bacaan Ikrar/Bacaan Doa
7.40 pagi : Ucapan Guru Bertugas
7.50 pagi : Ucapan Guru Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMKDHTK
(Encik Mazlan bin Hashim)
7.55 pagi : Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Program Bulan Tkknik dan Vokasional
mengikut Unit masing-masing.
8.20 pagi : Ucapan Perasmian Penutupan Oleh Pengetua SMKDHTK.

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan ini
akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah hendaknya. Amin.

Monday 25 July 2011

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR 2011

Bil Nama Kelas Markah
1 ABU TALHAH BIN ISMAIL 3RK2 83%
2 MUHAMMAD DANIAL BIN HJ ABU BAKAR 3RK2 83%
3 MUHAMMAD AMIERUL ASYRAF BIN ALIAS 3RK1 82%
4 MUHAMMAD NAJMI BIN AMRAN 3RK2 82%
5 CHIA KHAI WEN 3RK2 82%
6 MUHAMMAD AMIRUL HAKIM ZULKIFLI 3RK1 80%
7 YONG JEET SHENG 3RK2 80%
8 ISMIEORDI BIN ZAINI 3RK2 80%

Wednesday 13 July 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PMR 2011

Kepada:
Semua Guru Pentaksir Sekolah PBS Mata Pelajaran KHB SMKDHTK

Perkara:
Adalah diingatkan bahawa markah PBS untuk subjek KHB boleh mula di 'key-in' mulai 1 Ogos 2011. Ketua Panitia dikehendaki mengumpulkan semua markah dalam borang mengikut yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi subjek KHB.

Borang yang telah lengkap mestilah disahkan oleh Pengetua Sekolah sebelum diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Tarikh Akhir penyerahan kepada Setiausaha Peperiksaan ialah 28 Julai 2011.


Sekian, Terima Kasih.

Kajian Tindakan : Lukisan Isometrik

Tuesday 5 July 2011

UJIAN FORMATIF 2, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN BAGI MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (KT/ERT)

TINGKATAN 1 & 2:

Hari : Selasa
Tarikh : 12/07/2011
Masa : 11.00 - 12.00 (1 jam)
Topik yang akan keluar:

Tingkatan 1 - Bab : Kerja Paip, Elektrik dan Jahitan (Teras)
Tingkatan 2 - Bab : Elektronik dan Lukisan Teknik (Teras & Elektif)

TINGKATAN 3:

Hari : Rabu
Tarikh : 13/07/2011
Masa : 12.30 - 2.00 (1 1/2 jam)
Topik yang akan keluar:

Tingkatan 1 : Kerja Paip
Tingkatan 2 : Masakan & Elektronik
Tingkatan 3 : Tempat Kediaman & Elektronik

"Kepada Semua pelajar-pelajar kami guru-guru KHB SMKDHTK mendoakan agar anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan kali ini dengan baik dan mencapai kejayaan yang besar, insyaalah. Amin"

PELANCARAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SMKDHTK 2011

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kepada semua warga SMKDHTK dalam kesibukan kita menjalani ujian formatif 2 pada minggu hadapan jangan anda semua lupa bahawa satu majlis penting akan berlaku iaitu pada "Majlis Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional SMKDHTK 2011" mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 11hb. Julai, 2011
Hari: Isnin
Masa:7.40 pagi
Tempat: Dataran Nurani SMKDHTK
Perasmi: Puan Saminah binti Jantan (Pengetua SMKDHTK)

Tentatif Program:

7.20 pagi : Guru dan murid mengambil tempat.
7.40 pagi : Nyanyian lagu-lagu patriotik.
7.50 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis.
7.55 pagi : Ucapan GKMP Teknik dan Vokasional
8.00 pagi : Ucapan Perasmian Oleh Pengetua SMKDHTK
8.10 pagi : Penyampaian Hadiah kepada pemenang Pertandingan Rekacipta Musim
Cuti Sekolah dan Pereka Laman Blog KHB SMKDHTK 2011.
8.20 pagi : Bersurai.

Sunday 22 May 2011

DOKUMENTASI REKACIPTA

DOKUMENTASI REKACIPTA:

NAMA PESERTA : ____________________________________________

KATEGORI : ____________________________________________

TINGKATAN : ____________________________________________

NAMA PRODUK DIREKACIPTA : _____________________________________

TEMA : ALAT KEPERLUAN HARIAN

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN :
1. _____________________________________
2. _____________________________________
3. _____________________________________
4. _____________________________________
5. _____________________________________
6. _____________________________________
7. _____________________________________

IDEA PENYELESAIAN MASALAH/ KENAPA IA DICIPTA :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEGUNAAN / KAEDAH MENGGUNAKAN PRODUK DICIPTA :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEBAIKAN/KEKUATAN PRODUK DICIPTA :
1. _______________________________________________________________________

2. _______________________________________________________________________

3. _______________________________________________________________________

PENGESAHAN PEREKA CIPTA:

Dengan ini saya mengaku bahawa telah pun mencipta produk ini berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Di rekacipta oleh:


………………………………………………….

TAJUK: PROGRAM REKACIPTA 2011

KATEGORI:

A. PENDIDIKAN KHAS
B. MENENGAH RENDAH
C. MENENGAH ATAS
D. PRA UNIVERSITI
E. GURU-GURU SMKDHTK

ANJURAN: UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL SMKDHTK

TARIKH PENYERTAAN : 24HB. MEI, 2011

TARIKH TUTUP: 25HB. JUN, 2011

SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada semua warga SMK Dato Haji Talib Karim.
2. Setiap Produk yang di rekacipta mestilah merupakan alat keperluan harian yang
boleh digunakan.
3. Setiap penyertaan yang dihantar perlu disertakan bersama-sama borang
dokumentasi yang disertakan selewat-lewatnya sebelum 25hb JUN, 2011 kepada unit
Teknik danVokasional / Guru-guru KHB.
4. Keputusan para juri adalah muktamad.

Thursday 19 May 2011

Latihan ERT

Sila jawab semua soalan.

1. Siapakah ketua dibengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

A. Ketua Tingkatan
B. Formen
C. Ketua Unit
D. Guru

2. Yang berikut adalah amalan 4M kecualai..
A. Membersih
B. Menyusun atur
C. Menilai
D. Mengetuai

3. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk memadam semua jenis kebakaran?
A. Berlabel A
B. Berlabel B
C. Berlabel BC
D. Berlabel ABC

4. Etika kerja terdiri dari yang berikut kecuali..
A. Amanah
B. Bertanggungjawab
C. Menepati masa
D. Beratur diluar bengkel

5. Yang manakah antara berikut bukan peraturan keselamatan diri semasa dibengkel?
A. MEmakai apron
B. Memakai seliper
C. Mengulung lengan baju
D. Berambut pendek dan kemas

Friday 8 April 2011

PELAJARAN 5 : Jahitan

1.1 MESIN JAHIT
1.Terdapat empat jenis mesin jahit tangan,mesin jahit kaki,mesin elektrik,dan mesin jahit elektronik.
2.Fungsi bahagian mesin jahit adalah seperti berikut:

BAHAGIAN MESIN FUNGSI
(a) Tiang benang memegang buku benang
(b) Pelaras penekan jahitan mengawal tekanan penekan benang
(c) Tuas pemegang benang mengawal pergerakan benang
(d) Tuas angkat menurunkan dan menaikkan penekan jahitan
(e) Ceper penegang benang mengawal ketegangan benang
(f) Spring pemegang benang mengawal benang
(g) Penekan jahitan menetapkan fabrik yang dijahit
(h) Gigi penolak menolak fabrik ke depan ketika menjahit
(i) Pemegang jarum memegang jarum jahit
(j) Pelaras mata jahitan melaraskan mata jahitan
(k) Skru pemberhenti jahitan mengawal jarum jahitan
(l) Pemusing gelendung menggulung benang
(m) Roda imbang mengawal pergerakan mesin

3.Langkah pertama sebelum menggunakan mesin jahit adalah memasang benang atas dan benang bawah.
4.Cara memasang benang atas pada mesin jahit adalah seperti berikut:


5.Memasang benang bawah melibatkan kerja menggulung benang pada gelendung,memasang gelendung pada sekoci dan memasukkan gelendung ke dalam kes bahagian bawah mesin seperti rajah yang berikut.


Menggulung benang pada gelendung


Memasukkan gelendung ke dalam sekoci


Memasang sekoci
1.1.1 Cara-cara Menggunakan Mesin 

Sebelum menjahit:


Mula menjahit:



Selepas menjahit:


1.1.2 Membaiki Kesilapan Mesin
1. Kesilapan memesin yang sering terjadi ialah mata jahitan longgar,kelim dan benang bawah berkedut,mata jahitan melangkau dan jarum mesin patah.
2. Mata jahitan longgar berpunca daripada benang atas yang longgar,salah memasang jarum mesin dan kedudukan gelendung dalam sekoci yang tidak betul.
3. Cara mengatasi masalah tersebut ialah menegangkan benang pada ceper penegang benang,memasang jarum dan memasukkan sekoci dengan betul.
4. Mata jahitan yang melangkau disebabkan oleh jarum yang tumpul atau bengkok dan fabrik ditarik semasa menjahit.
5. Cara untuk mengelakkan jarum mesin patah ialah dengan menolak fabrik ke belakang setelah selesai menjahit.
6. Benang bawah yang berkedut berpunca daripada tegangan benang bawah yang ketat dan benang masih terlekat pada sekoci.Kesilapan ini dapat diatasi dengan melonggarkan skru pada sekoci dan membersihkannya.
7. Penyenggaraan mesin jahit dilakukan supaya mesin dapat berjalan lancar serta dapat menghasilkan mata jahitan yang cantik.
8. Antara penyenggaraan yang dilakukan termasuklah mengganti jarum dan meminyaki mesin.
9. Semasa meminyaki mesin,pastikan minyak dimasukkan melalui lubang di kepala mesin dan diletakkan fabrik di bawah penekan jahitan untuk menyerapkan minyak yang menitis. 

1.2 PENGHASILAN PROJEK
1.Artikel-artikel mudah yang dihasilkan daripada jahitan mesin lebih menarik bila dihiaskan dengan jahitan sulam mudah,renda atau kun.
2.Jahitan sulam mudah yang biasanya digunakan adalah seperti yang berikut:
(a) jahitan silang pangkah

(b) jahitan insang pari

(c) jahitan suji bilang





3.Alas dulang di bawah ini menggunakan gabungan jahitan silang pangkah,insang pari dan suji bilang

Alas dulang
Oleh : Badrul Munir Razuan

PELAJARAN 4 : Kerja Paip

KERJA PAIP


1. Sistem Bekalan Air di Rumah.
Sistem terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaip di rumah seperti sink cuci, bilik air dan tandas
Sistem tidak terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sink cuci, bilik air, dan tandas melalui paip agihan.
Tangki simpanan air
Tangki simpanan air diletakkan di tempat yang tinggi,dan biasanya di ruang bumbung bilik air dan bertutup bagi mengelakkan pencemaran.Tangki ini menerima bekalan air melalui paip perkhidmatan,dan menyalurkan air ke kelengkapan perpaipan melalui paip agihan.Aras air di dalam tangki dikawal secara automatik oleh injap bebola dan pelampung. 





Tangki simpanan air
Cirri-ciri
• Tangki diperbuat daripada bahan seperti kepingan besi bergalvani,gentian kaca,dan poli(high density polyethylene-HDPE)
• Muatan tangki kegunaan rumah biasanya ialah 140 liter hingga 450 liter.
Fungsi paip dalam Sistem Bekalan Air di rumah.
Nama paip Fungsi
Paip perhubungan Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air. 
Paip perkhidmatan Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air dan ke pili dapur.
Paip agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan ke kengkapan perpaipan lain. 
Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci Menyalurkan air keluar daritangki simpanan 
2. Jenis paip
Paip besi bergalvali (BG)
Paip BG diperbuat daripada bahan keluli yang disadur dengan zink.boleh didapati dalam tiga gred iaitu A,B,C.
Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan 
A Nipis Perang Paip limpah
B Sederhana Biru Paip agihan
C Tebal Merah Paip perhubungan,paip perkhidmatan.
Cirri-ciri
• Ukuran panjang piawai paip di pasaran ialah 6 meter setip batang.
• Saiz paip ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip.
• Hujung paip BG mesti berulir untuk kerja penyambungan dan pemasangan.
Kebaikan
• Tahan lama.
• Menghasilkan sambungan kukuh.
Keburukan
• Berat.
• Sukar dikendalikan.





Paip PVC
Diperbuat daripada bahan plastic polyvinyl chloride .Boleh didapati dalam dua gred iaitu nipis dan tebal.
Cirri-ciri
• Saiz ditentukan mengikut ukuran diameter.
• Panjang piawai ialah 6 meter bagi setiap batang.
Kebaikan
• Mudah dikendali dan dipasang.
• Tidak berkarat.
Keburukan
• Jangka hayat yang pendek.
• Mudah pecah.
Paip poli
Diperbuat daripada bahan polimer sintetik kepadatan tinggi.Paip ini berwarna hitam dan mudah lentur. 
Ciri-ciri
• Saiz dan fungsi yang sama seperti paip BG dan paip PVC.
• Boleh didapati di pasaran dalam bentuk gulung dan setiap gulung berukuran 30 meter panjang.
Kebaikan
• Daya tahan yang tinggi.
• Jangka hayat yang panjang.
Keburukan
• Bahan penyambung yang mahal.
• Mudah bocor jika terkena benda tajam
3.Penyambung paip
Penyambung paip digunakan untuk menyambung batang paip secara lurus atau menukar arah batang paip.Penyambung juga digunakan sebagai pelengkap dalam pemasangan alat perpaipan.
Jenis dan fungsi penyambung paip besi bergalvani,paip PVC,dan paip poli
Jenis Penyambung Fungsi/contoh sambungan 
BG PVC Poli Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang sama diameter.
Soket sama 

Soket pengecil Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang berbeza diameter.

Siku 90̊ sama Mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameter pada sudut 90˚

Siku 90̊ pengecil Mengubah arah sambungan batang paip yang berbeza diameter pada sudut 90˚

Tee sama Membuat sambungan bercabang dan sama diameter 90˚.

Tee pengecil Membuat sambungan bercabang dan berbeza diameter sudut 90˚.

Tee penyuai Sambungan bercabang menggunakan dua jenis penyambung yang sama diameter.
Tiada jenis ini. Tiada jenis ini. 
Putting heksagon Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang berdekatan dan sama diameter.

Tiada jenis ini.

Penyuai soket injap Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang lain jenis.




Penyuai soket PT Menyambung paip PVC kepada kelengkapan paip atau paip BG.
Tiada jenis ini 
Tiada jenis ini 
Soket penjodoh Menyambung paip yang sama diameter tanpa memusingkan paip yang sedia ada.

Tiada jenis ini 

Palam Menutup hujung paip atau sambungan paip bercabang yang tidak di gunakan.


Tiada jenis ini. 
Nat pengunci Mengetatkan sambungan paip.
Tiada jenis ini. 

3. Bahan Pemasangan Paip
a)Glu paip PVC-semua jenis paip PVC.
b)Pita poly tetra fluoro ethylene(PTFE)-Semua jenis
paip berulir.
c)Sleeve dan gelang getah-hanya paip poli.
4. Jenis dan kelengkapan paip
Alatan tangan.
a) Pita pengukur
b) Gergaji besi- memotong besi galvani dan PVC.
c)Pemotong paip beroda- memotong besi galvani
c) Ragum paip yoke-memegang paip besi galvani.
d) Perengkuh paip-memutar paip besi gavani.
e) Pemotong pvc dan paip poli.
f) Kikir bulat-membuang grigis pada dalam paip.
g) Kikir rata-membuang grigis pada luar paip.
h) Sepana boleh laras-mengetat,melonggarkan nat.
i) Playar cengkam seribu-sesuai untuk paip poli.
5.Tangki simbah.
Tangki simbah aras tinggi.
Digunakan bagi tandas jenis cangkung dan dipasang dua meter dari aras lantai atau mangkuk tandas.
Tangki simbah aras rendah
Set tandas duduk.Tangki ini dipasang tinggi sedikit


Bahagian dan fungsi tangki simbah.

Bahagian Fungsi 
Paip alur keluar. Saluran untuk menyimbah mangkuk tandas
Paip alur masuk Mengalirkan bekalan air ke tangki simbah
Paip limpah Melimpahkan air yang melebihi aras tertentu.
Injap bebola Mengawal aliran masuk ke dalam tangki dengan bantuan pergerakan pelampung.
Pelampung Apabila air mencapai aras tertentu hujung lengan yang bersambung dengan injap bebola akan menolak injap untuk menutup aliran air masuk.
Injap gegendang
Memulakan gerakan menolak air keluar dari tiub sifon ke alur keluar untuk menyimbah mangkuk tandas apabila tuil ditarik atau ditekan. 
Tuil/tankai pelepas Menarik injap gegendang.
Tiup sifon Laluan air yang di tolak oleh injap gegendang ke paip alur keluar.

Operasi tangki simbah.
1) Apabila tuil ditarik atau ditekan,plat tertebuk bersama injap gegendang dalam tiup akan bergerak ke atas.
2) Air dalam tangki terus mengalir masuk ke tiup sifon dan meneruskan simbahan ke mangkuk tandas melalui paip alur keluar.

3) . Pelampung akan turut menurun mengikut aras air dan injap bebola akan terbuka bagi membenarkan air masuk semula ke tangki simbah.
Pili 
Pili berbibir.
Mempunyai alur air masuk yang mendatar.
Pili bertiang.
Alur air masuk paip ini adalah menegak.

. Kerja penyenggaraan.
Perangkap 
Tujuan untuk menghalang bau busuk dan sisa kotoran akan terperangkap dalam kedap.
Kedap
Perangkap yang sentiasa dipenuhi air.Air dalam kedap berfungsi untuk menghalang bau busuk dan serangga masuk ke dalam rumah.Ia juga memerangkap sisa-sisa kotoran kasar.
Membersih perangkap.
Perangkap boleh di bersihkan dengan menggunakan pelocok dan mengeluarkan endapan melalui lubang buangan.

Oleh : Badrul Munir Razuan

PELAJARAN 3 : Reka Bentuk Tekonologi

3.1 Sumber & Kegunaan elektrik
3.1.1Sumber Elektrik
       a-kemagnetan
       b-dinamo
       c-turbin
       d-tindakan kimia
       e-sel kering-alkali
                           -mekuri
                           -lithium
                           -nikel cadmium [NiCad]
        f-cahaya
3.1.2 Kegunaan elektrik
 -Tenaga Elektrik boleh ditukar kepada tenaga lain seperti
  Tenaga cahaya,haba,bunyi dan kinetik menggunakan alat tertentu.
Elektrik untuk menghasilkan tenaga haba
 - perkakas elektrik yang menukar tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elamen pemanas yang dibuat daripada  nikrom.
Elektrik menghasilkan tenaga kinetik
 -perkakas yang menukar tenaga elektrik kepada kinetik menggunakan motor.
Elektrik untuk menghasilkan bunyi
-tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi.
Elektrik untuk menghasilkan cahaya
-perkakas elektrik yang menukar tenaga elektrik kepada cahaya
Ialah lampu pijar dan pendar flour.Tiub lampu pendarflour mempunyai gas argon dan mekuri.Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan mekuri menghasilkan sinaran ultra ungu dan akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena
Lapisan fosfor.

3.2 Jenis Wayar dan Kerja Pendawaian
3.2.1 Alatan Tangan
Pena Ujian
-digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup.
-untuk kerja ringan
-sesuai untuk mengesan elektrik dalam julat 50V-500V
Pemotong sisi
-digunakan untuk memotong wayar elektrik
-digunakan untuk memotong lebihan wayar pada punca tamatan.
Playar muncung tirus
-digunakan untuk memotong
-digunakan untuk memegang benda kecil
-digunakan untuk mem bentuk kaki komponen
Playar gabung
-digunakan untuk kerja umum seperti memegang,mencengkam,memotong,membengkok dan membentuk
Penjalur wayar
-digunakan untuk menjalur dan memoyong wayar
-ada 2 jenis-Penjalur wayar spring
                           -Penjalur wayar mudah
3.2.2 Wayar
-Terdapat  pelbagai jenis wayar yang digunakan dalam pendawaian litar atau penyambungan pada kelengkapan elektrik.Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersusuaian.
Jenis-jenis wayar
a-Wayar kuprum beranamel
digunakan untuk mwmbuatgegelung pada motorelektrik dan transformer.
Wayar lembar tunngal
digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah.


Wayar teras tunggal
terdapat dua bentuk-lembar wayar halus
lembar wayar kasar


Wayar teras kembar
terdiri daripada 2wayar yang dicantum
Wayar tiga teras
terdapat dua jenis
wayar tiga teras berpenebat PVC
wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang.
3.2.3 Jenis Plag 
a-Plag 2-pin 2ampere
    -menggunakan wayar teras kembar
    -terdapat dua tamatan iaitu teras Hidup[L]&teras Nuetral[N]
    -digunakan untuk alatan berkuasa kecil
b-Plag 3-pin 13 ampere
   -mempunyai 3 tamatan iaitu Hidup[L],Neutral[n] dan Bumi[E]
   -fius kartrij 13ampere dipasang untuk keselamatan
c-Plag 3-pin 15 ampere
    -untuk kelengkapan berkuasa tinggi
    -mempunyai bentuk bulaat dan tidak mrnggunakan fius
3.2.4 Fius
-fius dipasang untuk melindungi alt elektrik.Fiusjuga mencegah kemalangan berpunca dari litar pintas.Arus yang mengalir terlalu tinggi akan meleburkan fius.
-fius depasang pada wayar Hidup[L].fius ditentukan mengikut kadaran seperti 2A,5A,10A dan 13A.
-fius terbahagi2-fius dawai
-fius kartrij
3.2.5 Lampu pendarflour         
-Bahagian lampu pendarflour
          -tiub pendarflour 
          -perumah
         -cok
        -pemegang tiub
        -pemegang suis penghidup
       -suis penghidup
-Kerosakan lampu pendarflour yang biasa berlaku
1-Lampu tidak menyala-cok rosak
                                      -tiub rosak
                                      -suis penghidup rosak
2-Lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala
                     -tiub rosak
                    -suis penghidup rosak
3-Kedua-dua hujung tiub merah dan lampu tidak menyala
                    -tiub rosak
                    -sius penghidup rosak          
Oleh : Muhammad Fariq Odnan