Monday 22 July 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR SMKDHTK 2013

Untuk makluman semua warga pendidik khususnya anak-anak didik yang disayangi iaitu calon-calon PMR 2013. Bahawasanya dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan bagi matapelajaran Kemahiran Hidup adalah seperti pada ketetapan berikut: Tarikh: 29hb. Julai, 2013 Hari: Isnin Masa :8.50-10.20 pagi (1 1/2 jam) Kami guru-guru Panitia Kemahiran Hidup SMKDHTK mengucapkan "Selamat Maju Jaya" dan juga mendoakan semoga Allah sentiasa merahmati ilmuyang telah dicurahkan dan memberikan kejayaan yang besar kepada semua anak-anak yang mengambil PMR pada tahun ini, insyaallah. "Good Luck"

Saturday 6 July 2013

UJIAN FORMATIF 2 TAHUN 2013

Assallamualikum..wrt.. Salam satu Malaysia kepada semua anak-anak didik SMK Dato Haji Talib Karim. Di dalam kesibukan kita semua bersukan di dalam Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 45 cikgu ingin ingatkan kepada anak-anak didik semua bahawa jangan lupa...Apa tu yer? Tarikh peperiksaan ujian formatif 2 yang kian hampir iaitu yang akan bermula pada 9hb. Julai, 2013. Cikgu pasti anak-anak semua telah pun membuat persiapan awalkan? Apa yang mampu cikgu lakukan hari ini ialah mendoakan kejayaan akan selalu menjadi milik kalian. Oh yer...tak lupa juga dikesempatan ini cikgu juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarakh. Bersama-samalah kita melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sebaik mungkin.Semoga ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita semua... Pesan: "Agungkanlah perintah Allah niscaya Dia akan mengagungkanmu, ikutilah Rasul Allah agar Beliau memberikan syafaat bagimu"

Monday 11 March 2013

UJIAN FORMATIF TINGKATAN 3 TAHUN 2013

Salam sejahtera kepada semua anak-anak didik tersayang SMK Dato Haji Talib Karim... Minggu ini bermulalah minggu peperiksaan. Cikgu berharap murid-murid sudah bersedia untuk menghadapinya. Cikgu mendoakan agar murid-murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang, insyaallah. Disini cikgu sertakan tips untuk soalan-soalan yang akan keluar antaranya: 1.Semua topik tingkatan 1&2. 2. Reka Cipta & Tempat kediaman (Topik tingkatan 3) Akhir sekali, cikgu ucapkan "selamat maju jaya".