Saturday 6 July 2013

UJIAN FORMATIF 2 TAHUN 2013

Assallamualikum..wrt.. Salam satu Malaysia kepada semua anak-anak didik SMK Dato Haji Talib Karim. Di dalam kesibukan kita semua bersukan di dalam Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 45 cikgu ingin ingatkan kepada anak-anak didik semua bahawa jangan lupa...Apa tu yer? Tarikh peperiksaan ujian formatif 2 yang kian hampir iaitu yang akan bermula pada 9hb. Julai, 2013. Cikgu pasti anak-anak semua telah pun membuat persiapan awalkan? Apa yang mampu cikgu lakukan hari ini ialah mendoakan kejayaan akan selalu menjadi milik kalian. Oh yer...tak lupa juga dikesempatan ini cikgu juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarakh. Bersama-samalah kita melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sebaik mungkin.Semoga ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita semua... Pesan: "Agungkanlah perintah Allah niscaya Dia akan mengagungkanmu, ikutilah Rasul Allah agar Beliau memberikan syafaat bagimu"

No comments:

Post a Comment