Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Kemahiran Hidup SMK Dato Haji Talib Karim sempena musim cuti sekolah pada ketetapan berikut:
Tarikh : 26.05.2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, SMK Dato Haji Talib Karim.
Fasilitator :
1. Encik Haszlan Abdul Rashid (Ketua Panitia KHB SMKDHTK)
2. Puan Rohana binti Jantan (GC SMKDHTK)
Pemantau:
Encik Mazlan bin Hashim (GKMP Teknik & Vokasioanal SMKDHTK)
Objektif :
Objektif program ini adalah untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran pelajar bagi topik-topik tingkatan 1 (teras) seperti:
a. Pengurusan & Organisasi Bengkel
b. Reka Bentuk dan Teknologi
c. Elektrik
d. Kerja Paip
e. Jahitan
f. Tanaman Hiasan
Bahan BBM :
a. 1 set soalan (60 soalan) : Pengurusan &Organisasi Bengkel/Jahitan/Tanaman Hiasan
b. 1 set soalan (60 soalan : Reka Bentuk & Teknologi/Elektrik/Kerja Paip
Sasaran:
Semua pelajar tingkatan 3 (Pilihan KEmahiran Teknikal & Ekonomi Rumah Tangga)
Pencapaian :
Alhamdulilah program telah dapat berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar sebilangan besar hadir pada hari tersebut. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah hadir. Kesungguhan yang padu akan memastikan pelajar lebih berjaya. Pelajar jelas akan topik yang dibincangkan. Pelajar juga mendapat pendedahan teknik menjawab soalan dan langkah terbaik untuk mengingati setiap kata kunci bagi setiap topik yang dibincangkan.
Harapan dimasa akan datang:
Pihak Panitia KHB SMKDHTK sentiasa mengharapkan program ini dapat di teruskan agar pelajar-pelajar akan diberi lebih pendedahan kepada topik-topik yang telah dipelajari semasa di tingkatan 1 dan 2. Namun usaha yang murni ini perlukan komitmen dari pelbagai pihak terutamanya pelajar itu sendiri. Kejayan yang dicapai akan dirasai bila usaha berterusan dilakukan. Amalkan motto sekolah SMKDHTK "Berusaha Pasti Jaya". Insyaallah.
No comments:
Post a Comment