Friday 8 April 2011

PELAJARAN 4 : Kerja Paip

KERJA PAIP


1. Sistem Bekalan Air di Rumah.
Sistem terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaip di rumah seperti sink cuci, bilik air dan tandas
Sistem tidak terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sink cuci, bilik air, dan tandas melalui paip agihan.
Tangki simpanan air
Tangki simpanan air diletakkan di tempat yang tinggi,dan biasanya di ruang bumbung bilik air dan bertutup bagi mengelakkan pencemaran.Tangki ini menerima bekalan air melalui paip perkhidmatan,dan menyalurkan air ke kelengkapan perpaipan melalui paip agihan.Aras air di dalam tangki dikawal secara automatik oleh injap bebola dan pelampung. 





Tangki simpanan air
Cirri-ciri
• Tangki diperbuat daripada bahan seperti kepingan besi bergalvani,gentian kaca,dan poli(high density polyethylene-HDPE)
• Muatan tangki kegunaan rumah biasanya ialah 140 liter hingga 450 liter.
Fungsi paip dalam Sistem Bekalan Air di rumah.
Nama paip Fungsi
Paip perhubungan Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air. 
Paip perkhidmatan Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air dan ke pili dapur.
Paip agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan ke kengkapan perpaipan lain. 
Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci Menyalurkan air keluar daritangki simpanan 
2. Jenis paip
Paip besi bergalvali (BG)
Paip BG diperbuat daripada bahan keluli yang disadur dengan zink.boleh didapati dalam tiga gred iaitu A,B,C.
Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan 
A Nipis Perang Paip limpah
B Sederhana Biru Paip agihan
C Tebal Merah Paip perhubungan,paip perkhidmatan.
Cirri-ciri
• Ukuran panjang piawai paip di pasaran ialah 6 meter setip batang.
• Saiz paip ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip.
• Hujung paip BG mesti berulir untuk kerja penyambungan dan pemasangan.
Kebaikan
• Tahan lama.
• Menghasilkan sambungan kukuh.
Keburukan
• Berat.
• Sukar dikendalikan.





Paip PVC
Diperbuat daripada bahan plastic polyvinyl chloride .Boleh didapati dalam dua gred iaitu nipis dan tebal.
Cirri-ciri
• Saiz ditentukan mengikut ukuran diameter.
• Panjang piawai ialah 6 meter bagi setiap batang.
Kebaikan
• Mudah dikendali dan dipasang.
• Tidak berkarat.
Keburukan
• Jangka hayat yang pendek.
• Mudah pecah.
Paip poli
Diperbuat daripada bahan polimer sintetik kepadatan tinggi.Paip ini berwarna hitam dan mudah lentur. 
Ciri-ciri
• Saiz dan fungsi yang sama seperti paip BG dan paip PVC.
• Boleh didapati di pasaran dalam bentuk gulung dan setiap gulung berukuran 30 meter panjang.
Kebaikan
• Daya tahan yang tinggi.
• Jangka hayat yang panjang.
Keburukan
• Bahan penyambung yang mahal.
• Mudah bocor jika terkena benda tajam
3.Penyambung paip
Penyambung paip digunakan untuk menyambung batang paip secara lurus atau menukar arah batang paip.Penyambung juga digunakan sebagai pelengkap dalam pemasangan alat perpaipan.
Jenis dan fungsi penyambung paip besi bergalvani,paip PVC,dan paip poli
Jenis Penyambung Fungsi/contoh sambungan 
BG PVC Poli Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang sama diameter.
Soket sama 

Soket pengecil Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang berbeza diameter.

Siku 90̊ sama Mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameter pada sudut 90˚

Siku 90̊ pengecil Mengubah arah sambungan batang paip yang berbeza diameter pada sudut 90˚

Tee sama Membuat sambungan bercabang dan sama diameter 90˚.

Tee pengecil Membuat sambungan bercabang dan berbeza diameter sudut 90˚.

Tee penyuai Sambungan bercabang menggunakan dua jenis penyambung yang sama diameter.
Tiada jenis ini. Tiada jenis ini. 
Putting heksagon Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang berdekatan dan sama diameter.

Tiada jenis ini.

Penyuai soket injap Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang lain jenis.




Penyuai soket PT Menyambung paip PVC kepada kelengkapan paip atau paip BG.
Tiada jenis ini 
Tiada jenis ini 
Soket penjodoh Menyambung paip yang sama diameter tanpa memusingkan paip yang sedia ada.

Tiada jenis ini 

Palam Menutup hujung paip atau sambungan paip bercabang yang tidak di gunakan.


Tiada jenis ini. 
Nat pengunci Mengetatkan sambungan paip.
Tiada jenis ini. 

3. Bahan Pemasangan Paip
a)Glu paip PVC-semua jenis paip PVC.
b)Pita poly tetra fluoro ethylene(PTFE)-Semua jenis
paip berulir.
c)Sleeve dan gelang getah-hanya paip poli.
4. Jenis dan kelengkapan paip
Alatan tangan.
a) Pita pengukur
b) Gergaji besi- memotong besi galvani dan PVC.
c)Pemotong paip beroda- memotong besi galvani
c) Ragum paip yoke-memegang paip besi galvani.
d) Perengkuh paip-memutar paip besi gavani.
e) Pemotong pvc dan paip poli.
f) Kikir bulat-membuang grigis pada dalam paip.
g) Kikir rata-membuang grigis pada luar paip.
h) Sepana boleh laras-mengetat,melonggarkan nat.
i) Playar cengkam seribu-sesuai untuk paip poli.
5.Tangki simbah.
Tangki simbah aras tinggi.
Digunakan bagi tandas jenis cangkung dan dipasang dua meter dari aras lantai atau mangkuk tandas.
Tangki simbah aras rendah
Set tandas duduk.Tangki ini dipasang tinggi sedikit


Bahagian dan fungsi tangki simbah.

Bahagian Fungsi 
Paip alur keluar. Saluran untuk menyimbah mangkuk tandas
Paip alur masuk Mengalirkan bekalan air ke tangki simbah
Paip limpah Melimpahkan air yang melebihi aras tertentu.
Injap bebola Mengawal aliran masuk ke dalam tangki dengan bantuan pergerakan pelampung.
Pelampung Apabila air mencapai aras tertentu hujung lengan yang bersambung dengan injap bebola akan menolak injap untuk menutup aliran air masuk.
Injap gegendang
Memulakan gerakan menolak air keluar dari tiub sifon ke alur keluar untuk menyimbah mangkuk tandas apabila tuil ditarik atau ditekan. 
Tuil/tankai pelepas Menarik injap gegendang.
Tiup sifon Laluan air yang di tolak oleh injap gegendang ke paip alur keluar.

Operasi tangki simbah.
1) Apabila tuil ditarik atau ditekan,plat tertebuk bersama injap gegendang dalam tiup akan bergerak ke atas.
2) Air dalam tangki terus mengalir masuk ke tiup sifon dan meneruskan simbahan ke mangkuk tandas melalui paip alur keluar.

3) . Pelampung akan turut menurun mengikut aras air dan injap bebola akan terbuka bagi membenarkan air masuk semula ke tangki simbah.
Pili 
Pili berbibir.
Mempunyai alur air masuk yang mendatar.
Pili bertiang.
Alur air masuk paip ini adalah menegak.

. Kerja penyenggaraan.
Perangkap 
Tujuan untuk menghalang bau busuk dan sisa kotoran akan terperangkap dalam kedap.
Kedap
Perangkap yang sentiasa dipenuhi air.Air dalam kedap berfungsi untuk menghalang bau busuk dan serangga masuk ke dalam rumah.Ia juga memerangkap sisa-sisa kotoran kasar.
Membersih perangkap.
Perangkap boleh di bersihkan dengan menggunakan pelocok dan mengeluarkan endapan melalui lubang buangan.

Oleh : Badrul Munir Razuan

No comments:

Post a Comment