Tuesday 29 May 2012

LAPORAN



PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK PMR
 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TOPIK TINGKATAN SATU BAHAGIAN TERAS
(PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL/EKONOMI RUMAH TANGGA)
TAHUN 2012



Monday 28 May 2012

Program Pemantapan Akademik Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Teras) PMR 2012

Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Kemahiran Hidup SMK Dato Haji Talib Karim sempena musim cuti sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 26.05.2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Besar, SMK Dato Haji Talib Karim.
Fasilitator :
1. Encik Haszlan Abdul Rashid (Ketua Panitia KHB SMKDHTK)
2. Puan Rohana binti Jantan (GC SMKDHTK)

Pemantau:
Encik Mazlan bin Hashim (GKMP Teknik & Vokasioanal SMKDHTK)

Objektif :

Objektif program ini adalah untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran pelajar bagi topik-topik tingkatan 1 (teras) seperti:

a. Pengurusan & Organisasi Bengkel
b. Reka Bentuk dan Teknologi
c. Elektrik
d. Kerja Paip
e. Jahitan
f. Tanaman Hiasan

Bahan BBM :
a. 1 set soalan (60 soalan) : Pengurusan &Organisasi Bengkel/Jahitan/Tanaman Hiasan
b. 1 set soalan (60 soalan : Reka Bentuk & Teknologi/Elektrik/Kerja Paip

Sasaran:
Semua pelajar tingkatan 3 (Pilihan KEmahiran Teknikal & Ekonomi Rumah Tangga)

Pencapaian :
Alhamdulilah program telah dapat berjalan dengan lancar.  Pelajar-pelajar sebilangan besar hadir pada hari tersebut. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah hadir. Kesungguhan yang padu akan memastikan pelajar lebih berjaya. Pelajar jelas akan topik yang dibincangkan. Pelajar juga mendapat pendedahan teknik menjawab soalan dan langkah terbaik untuk mengingati setiap kata kunci bagi setiap topik yang dibincangkan.

Harapan dimasa akan datang:

Pihak Panitia KHB SMKDHTK sentiasa mengharapkan program ini dapat di teruskan agar pelajar-pelajar akan diberi lebih pendedahan kepada topik-topik yang telah dipelajari semasa di tingkatan 1 dan 2.  Namun usaha yang murni ini perlukan komitmen dari pelbagai pihak terutamanya pelajar itu sendiri.  Kejayan yang dicapai akan dirasai bila usaha berterusan dilakukan.  Amalkan motto sekolah SMKDHTK "Berusaha Pasti Jaya". Insyaallah.

Monday 21 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun aka diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25/5/2012
Hari : Jumaat
Masa :8.30 - 10.00 am
Topik yang akan dinilai:

Tingkatan 1:
* Perniagaan dan keusahawanan
* Elektrik
* Tanaman Hiasan
* Kerja Paip

Tingkatan 2:
* Keusahawanan
* Masakan
* Elektonik
* Tanaman Hiasan

 Tingkatan 3:
* Topik tingkatan 1&2
* Rekacipta
* Tempat Kediaman
* Elektrik
* Konsumerisme

Kepada semua pelajar-pelajar SMKDHTK semoga anda semua lebih bersedia dan memperolehi keputusan yang membanggakan, insyaallah. "Good Luck"